Resepi Daging Goreng cara Thai yang Lazat

Tanpa melengah kan masa anda baca mukaddimah kita panjang-panjang. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan daging goreng stail Thai yang lazat ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 800 gram daging 
  2. 5 sudu biji ketumbar - kisar
  3. 4 ulas bawang putih  - dihiris halus
  4. 1 sudu besar lada hitam - dikisar/ditumbuk
  5. 2 sudu besar sos tiram
  6. Garam
  7. butter - untuk menumis
  8. Bahan-bahan untuk sos :
    1. Serbuk cili thai
    2. Gula kabung atau somtam 
    3. 2 sudu beras digoreng atau disangai di kisar halus
    4. 2 sudu jus limau nipis
    5. 3 sudu air asam jawa
    6. Kicap sotong atau sos ikan
    7. 3 ulas bawang merah - hiris nipis
    8. Daun ketumbar dan daun bawang
Cara-cara nya :
  1. Gaul daging dengan bahan 2, 4, 5, 6 sampai 6 kecuali bawang putih. Kemudian perap selama 30 minit atau 2 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan sos dalam satu bekas dan gaul rata
  3. Panas kan kuali kemudian masuk kan 2 sudu butter
  4. Masukkan hirisan halus bawang putih dan tumis sehingga naik bau
  5. Selepas itu, masukkan daging yang diperap tadi. Kacau-kacau rata sehingga daging kelihatan separuh masak
  6. Tuangkan pula bahan untuk sos yang sudah dicampurkan tadi dan gaul rata supaya tidak hangit
  7. Masakkan seketika
  8. Bila daging sudap kelihatan "well done" , tutup kan api
  9. Siap dan sedia untuk dihidang

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like page FB kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Daging Goreng cara Thai yang Lazat"

Post a Comment