Resepi Kambing Masak Lemak Cili Api

Masakan masak lemak ni sangat popular dikalangan orang Negeri Sembilan. oleh itu, kami ingin kongsikan bersama resepi sumbangan orang Negeri Sembilan iaitu resepi daging kambing masak lemak cili api.

gambar carian google
Bahan-bahannya : 
  1. Setengah kg daging kambing 
  2. 1 sudu makan serbuk kunyit 
  3. 20 biji cili api 
  4. 3 biji bawang merah 
  5. 2 inci halia 
  6. 2 cawan air 
  7. 2 batang serai - Diketuk
  8. 3 keping asam gelugur 
  9. 2 biji tomato muda - Dipotong 4 
  10. 2 helai daun kunyit 
  11. 2 cawan santan pekat 
  12. Garam
Cara-cara memasak :
  1. Semua cili api, bawang merah dan halia dikisar bersama dengan air
  2. Potong kecil daging kambing. Basuh kemudian toskan 
  3. Gaulkan dengan serbuk kunyit 
  4. Masukkan daging, bahan yang dikisar, serai, dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan daging lembut
  5. Masukkan asam gelugur, tomato, daun kunyit, dan santan pekat
  6. Kacau supaya tidak pecah minyak 
  7. Apabila sudah mendidih, masukkan sedikit garam 
  8. Siap dan sedia untuk dihidang
Sangat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan bersama nasi putih. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kambing Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment