Resepi Nasi Ulam - Resepi Nyonya

Hari-hari makan nasi putih sahaja?. Sudah bosan?. Jom cuba buat resepi nasi ulam ini. Sangat mudah dan sedap.


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 2 cawan beras - ditanak
  2. 1 sudu besar serbuk kunyit
  3. 1 setengah sudu kecil belacan bakar
  4. 2 sudu besar udang kering kisar
  5. 1 sudu besar kerisik
  6. 4 biji bawang kecil - dihiris
  7. 1 batang serai - dihiris
  8. 2 helai daun kunyit - dihiris
  9. 5 sudu besar daun selasih - dihiris
  10. 3 sudu besar daun pudina - dihiris
  11. 1 sudu besar daun kesum - dihiris
  12. 1 inci halia - dihiris
  13. 1 biji cili merah - dihiris
  14. Limau nipis
Cara-caranya :
  1. Gaulkan nasi putih sekali dengan daun kunyit didalam mangkuk
  2. Masukkan belacan bakar, udang kering kisar dan kerisik. Gaul
  3. Masukkan bawang kecil, serai, daun kunyit, daun selasih, daun pudina, daun kesum, halia dan cili merah. Gaul rata 
  4. Perah limai nipis 
  5. Siap untuk dihidang
Senang sahaja bukan?. Untuk pengetahuan anda, nasi ulam resepi nyonya ini sedap dimakan bersama lauk ikan bakar. Selamat mencuba!

0 Response to "Resepi Nasi Ulam - Resepi Nyonya"

Post a Comment