Mari kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.
Petua simpan sayur agar tahan lama. Sudah seminggu pon masih segar!
Kebiasaan nya kalau kita beli sayur terutamanya yang berdaun ini, lepas letak dalam peti ais 2 ke 3 hari mulalah ia menjadi layu. Kebetulan kalau anda tengah diet pula, memanglah nak kena simpan stok sayur banyak-banyak supaya tidaklah anda berulang alik kedai sayur setiap 2 ke 3 hari.
Bila sudah cuba cara ini, memang terbukti lepas seminggu pon sayur yang disimpan masih segar dan 'crunchy'. Cara nya mudah sangat.
Ini langkahnya :
1. Potong sayur
- Sebelum simpan sayur, potongkan sayur kecil-kecil tanpa perlu membasuh sayur itu. Apabila anda ingin memasaknya baru anda basuh kemudian.
2. Pakai bekas kedap udara
- Pakai bekas yang kedap udara untuk menyimpan sayur yang sudah dipotong kecil tadi. Tidak kisahlah anda menggunakan apa brand sekali pon.
3. Lapik dengan tisu
- Kemudian tutup lah bekas tadi dengan penutup nya dan disimpan didalam peti ais seperti biasa. - Sebenarnya tujuan meletakkan tisu ini adalah untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti. Wap-wap air ni lah yang membuatkan sayur layu.
Hasil selepas seminggu didalam peti ais!
Selepas seminggu, sayur masih kelihatan segar seperti baru tadi sahaja beli
Mudah bukan?
Dengan cara ini anda tidak perlu lagi ulang-alik kedai dlm 2 ke 3 hari. Dapat jimat macam-macam terutama nya minyak motor atau kerata anda.
Selamat mencuba!!
0 Response to "Mudahnya! Cara Simpan Sayur untuk Tahan Lebih Lama"
Post a Comment