Resepi meatball Cheese Ikea Homemade

Ada yang kalau singgah Ikea je beli barang cari perabut. Mesti singgah food court die sebab nak makan meatball cheese die. Siapa yang dah kempunan tapi tinggal jauh dari Ikea. Anda tidak perlu risau lagi, kami akan kongsikan resepi meatball cheese homemade untuk anda. Rasa nya seakan-akan meatball Ikea.

Bahan-bahan nya :

  1. Bahan untuk meatball
    1. Daging kisah
    2. Bawang holland
    3. Bawang putih
    4. Minyak
    5. Tepung
    6. Black pepper
    7. Garam 
    8. Cheese 
  2. Bahan-bahan untuk sos
    1. 2 sudu butter
    2. 1 setengah sudu tepung gandum
    3. 1 biji bawang besar - didadu kecil
    4. 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
    5. 1 setengah cawan air sejuk
    6. 100 ml susu segar/susu cair
    7. 3 sudu sos tomato
    8. 3 sudu sos tiram
    9. 2 sudu kicap manis
    10. 2 sudu sos lada hitam
    11. 2 sudu serbuk lada hitam
    12. 1 kiub pati ayam
    13. 1 sudu gula 
    14. 1 kiub pati daging
Cara-cara nya :

  1. Gaulkan semua bahan-bahan meatball dalam satu bekas, kemudian dibentuk bulat dan digoreng. Ketepikan
  2. Cairkan butter guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan
  3. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu
  4. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub pati ayam, gula dan kiub daging. Kcau rata dan biar sampai mendidih
  5. Kacau sebati. Tutup api, blender sos tadi hingga halus
  6. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api
  7. Bolehlah dituang sos yang kita masak tadi keatas meatball yang diketepikan sebentar tadi
  8. Siap
Sedap dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi meatball Cheese Ikea Homemade"

Post a Comment