Resepi : Untuk Sarapan Pagi Nasi Kuning Sabah & Sambal Ikan Tongkol

Di Sabah, Nasi kuning ini biasanya dihidangkan pada waktu sarapan pagi.


Bahan-bahan : Untuk memasak Nasi Kuning 

  • 500 gram Beras - bersihkan dan toskan airnya
  • 400 ml Santan - sederhana pekat / cair
  • 1 sudu kecil Serbuk kunyit 
  • 3 cm Halia - di ketuk @ di hiris
  • 3 biji Bawang Putih - di hiris
  • 1 helai Daun Pandan - di simpul
  • Garam secukupnya

Cara-cara untuk memasak Nasi Kuning 

  1. Tuangkan santan ke dalam periuk nasi bersama serbuk kunyit, halia dan bawang putih serta daun pandan.
  2. Kemudian masukkan beras dan garam dan kacau.
  3. Tunggu nasi masak dan gemburkan. 
  4. Bila nasi kuning sudah masak, boleh la dihidangkan dengan sambal ikan tongkol.

Bahan-bahan : Untuk menyediakan Sambal Ikan Tongkol 

  • 6 keping Ikan Tongkol
  • 1 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 2 batang Serai - diketuk
  • 2 keping Asam Gelugur @ pati asam jawa*secukupnya
  • 3/4 cawan air - * tambah sedikit air sekiranya ia kering
  • Minyak masak secukupnya
  • Gula dan Garam *secukupnya

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 20 tangkai Cili kering
  • 5 biji Bawang Putih
  • 7 biji Bawang Merah
  • 1.5cm Belacan


Cara-cara untuk memasak Sambal Tongkol 

  1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga Ikan masak dan garing. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
  3. Masukkan asam keping dan serai. Jika terlalu garing boleh tambah sedikit air. Masak hingga pekat.
  4. Masukkan garam dan gula / perasa lain secukupnya.
  5. Masukkan ikan tongkol yang telah di goreng tadi gaul sebati dan biarkan seketika.
  6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi kuning.



0 Response to "Resepi : Untuk Sarapan Pagi Nasi Kuning Sabah & Sambal Ikan Tongkol"

Post a Comment