Resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan nya :
  1. Sebijik nangka muda size kecil (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dlm rebusan)
  2. Seekor ayam - dicincang kecil
  3. Cili padi - diblend
  4. Halia seinci - diblend 
  5. 2 biji Bawang besar - diblend 
  6. 5 ke 6 ulas Bawang putih - diblend
  7. Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit - diblend
  8. Serai 2 batang - dititik
  9. Asam keping 2 keping
  10. Santan kelapa segar 1 biji
  11. Sekotak santan kara 
Cara-cara masakan :
  1. Panaskan sedikit minyak utuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yang sudah di blend
  2. Tumis hingga bahan tadi pecah minyak dan air lada tadi kering hingga menjadi seperti pes
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dicincang kecil, gaulkan ayam dan bahan tumis sehingga sebati
  4. Tambah sedikit air, dan masukkan asam keping
  5. Biarkan hingga ayam masak
  6. Bila ayam sudah masak, baru masukkan santan yang diperah dari kelapa tadi. Lebih kan air untuk mendapatkan kuah, 
  7. Santan sudah didih, masukkan nangka dan gaul hingga sekata. Akhir sekali baru tuangkan santan kotak
  8. Pastikan sentiasa di kacau agar santan tidak pecah
  9. Masak lagi dalam 10 minit, hingga betul-betul sebati semuanya
  10. Siap!
Masak lemak ni tak sedap makan terus lepas siap, kerana nangka belum menyerap rasa lagi. Biarkan dalam 20 ke 30 minit sebelum dihidangkan bersama lauk lain dan nasi putih panas-panas. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Nangka Muda Masak Lemak Cili Api"

Post a Comment