Resepi Ayam Goreng KFC 1:1 Copy ori - Sumber Vitdaily

Baru-baru ini tular di laman Youtube seorang vlogger/reviewer makanan di Youtube Vitdaily atau Pian telah mengumpul resepi rahsia ayam goreng KFC dan mencubanya. Jom kita lihat bagaimana untuk menyediakan ayam goreng KFC ini.


Bahan-bahan :
  1. 8 ke 10 ketul ayam
  2. Setengah sudu besar garam
  3. Wet Coating
    1. 2 ke 3 biji telur
    2. Setengah cawan air
    3. 1 cawan tepung
    4. Setengah sudu besar garam
  4. Tepung Seasoning (Sukatan tidak tepat, boleh olah ikut suka)
    1. 3 cawan tepung
    2. Setengah sudu besar Thyme Leaves
    3. Setengah sudu besar Mustard Powder
    4. Suku sudu kecil Basil Leaves
    5. 2 sudu besar serbuk Paprika
    6. 2 sudu besar serbuk White Pepper
    7. Setengah sudu besar Ginger Powder
    8. 1 sudu besar Garlic Salt
    9. 1 sudu besar garam Himalayan Rock Salt
    10. Suku sudu besar Oregano
    11. 1 sudu besar Black Pepper
Cara-cara memasak :
  1. Celupkan ayam ke dalam wet coating. Kemudian toskan.
  2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung seasoning. Padatkan ayam dengan tepung seasoning dan pastikan setiap permukaan ayam diselaputi oleh tepung. Kemudian toskan.
  3. Masukkan ke dalam periuk berisi minyak panas (170 darjah celcius) dan masak selama 15-16 minit (Drumstick).
  4. Selepas 15 minit, angkat ayam dan rehatkan di atas gril penyejuk selama 10 minit, kemudian boleh dihidangkan
Sangat mudah bukan. Jom la cuba, tapi jangan lupa yer api paling kecil. Jangan jadi hangus macam Pian Vitdaily punya pulak. hehe

0 Response to "Resepi Ayam Goreng KFC 1:1 Copy ori - Sumber Vitdaily"

Post a Comment