Resepi Kuih Lepat Ubi yang Enak


Sangat mudah untik menyediakan kuih traditional Malaysia ini. Hanya memerlukan sukatan yang betul sahaja. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kuih lepat ubi ini.

Bahan-bahan nya :

  1. 1 kg ubi kayu-parut - Perah dan buang airnya
  2. 1 ketul gula melaka - Masak dengan 1 cawan air dan 3 sudu gula pasir, apabila sudah masak dibiarkan sejuk dan ditapis
  3. 1 kotak kecil santan kara
  4. Sedikit garam
  5. 2 ke 3 sudu Kicap pekat
  6. Daun pisang - layurkan atas api dan sapu minyak makan
Cara-cara nya :

  1. Satukn bahan 1 sehingga 5 sampai sebati
  2. Bungkus dengan daun piasang
  3. kukus selama 25 minit dengan api perlahan atau sehingga masak

Sangat mudah bukan. janji anda jaga sukatan pasti sedap. Ramai yang tanya kenapa letak kicap, ia hanya untuk bagi warna seperti dibawah sahaja. Kalau tak letak pon sedap sahaja. Selamat mencuba ye.

0 Response to "Resepi Kuih Lepat Ubi yang Enak"

Post a Comment