Resepi keropok makaroni pedas-pedas manja

Macaroni adalah salah satu jenis pasta daripada Itali. Macaroni juga selalu dibuat makan dengan kuah creamy dan jarang sekali dibuat goreng macam mee goreng. Nak tengok resepi macaroni yang lagi jarang dibuat orang, jom kita tengok bagaimana macaroni dibuat keropok.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Macaroni 
  2. Tepung goreng ranggup
  3. Daun kari
  4. Minyak masak
Cara-cara yang ringkas :

  1. Rebus dahulu macaroni sehingga lembut
  2. Angkat dan toskan. Air disimpan untuk dicampur sekali dengan tepung goreng
  3. Kacau tepung goreng bersama air sehingga sebati. Kemudian masukkan macaroni itu tadi kedalam nya
  4. Ratakan setiap bahagian macaroni dengan tepung goreng. 
  5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana didalam kuali. Kemudian gorengkan macaroni itu tadi bersama daun kari
  6. Apabila kelihatan keperangan bolehlah angkat
  7. Siap dan sedia untuk dihidang
Sedap dimakan begitu sahaja sambil menonton rancangan television kegemaran anda. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi keropok makaroni pedas-pedas manja"

Post a Comment