Resepi Karipap Roti Sempoi

Anda malas nak buat doh karipap. Jangan risau, kami kongsikan bersama kepada anda resepi atau cara-cara untuk menyediakan karipap yang diperbuat daripada roti. Tidak perlu susah-susah buat adunan kulit karipap, rasanya pon sedap.


Bahan-bahan nya :

  1. Roti gardenia - yang biasa
  2. Inti - boleh rujuk sini
  3. Tepung jagung
  4. Air
  5. Minyak masak
Cara-cara nya :

  1. Bancuhkan tepung jagung bersama air dengan likat seperti gam
  2. Roti gardenia sekeping demi sekeping digelek, untuk menipiskan nya
  3. Sapu bancuhan tepung jagung di setiap hujung roti untuk kelimkan nya nanti
  4. Letakkan lah inti yang telah disiapkan ditengah-tengah roti tersebut
  5. Kemudian cantumkan hujung ke hujung roti 
  6. Dengan mengunakan garfu, tekankan sekeliling roti untuk kelimkan roti
  7. Akhir sekali, goreng karipap roti yang telah siap didalam kuali dipenuhi minyak masak
  8. Tunggu agak keperangan, angkat dan toskan minyak
  9. Siap dan sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

Sumber : Canteq.blogspot

0 Response to "Resepi Karipap Roti Sempoi"

Post a Comment