Resepi Telur Dadar Crabstick

Masakan niche juga ni. Kerana bukan ada jual di mana-mana restoran. Ini hasil daripada R&D resepi telur dadar. Jom kota tengok bagaimana untuk menyediakan telur dadar ketam ini atau telur dadar crabstick.


Bahan-bahan nya :

  1. 3 biji telur
  2. 3 batang jejari ketam - hiris
  3. 1 biji cili merah - hiris halus
  4. 4 pokok kuchai - hiris halus
  5. 1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris halus
  6. 2 ulas bawang putih - cincang halus
  7. Setengah sudu besar mayonnaise
  8. 2 sudu besar susu sejat
  9. 3/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  10. Garam
  11. Setengah sudu kecil minyak masak
Cara-cara nya :

  1. Satu kan semua bahan-bahan, kacau rata sehingga sebati
  2. Panaskan kuali leper - better pakai non-stick pan
  3. Tuang minyak masak, ratakan dan tuang setengah bancuhan telur - masak dengan api kecil 
  4. Tutup permukaan pan dengan tudung periuk kecil hingga permukaannya kental. Berhati-behati terbalikkan dan masak hingga kuning keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk baki bancuhan telur 
  5. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Telur Dadar Crabstick"

Post a Comment