Resepi Sosej Butter Masak Pedas

Resepi sosej butter pedas ini hasil daripada ujikaji didapur dan didapati rasa nya sangat lazat dan sesuai untuk dibuat lauk makan tengah hari atau pon malam. Pekena dengan nasi putih atau pon nasi goreng. Jom kita tengok resepi sosej butter masak pedas ini.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 bungkus sosej - potong kecil
  2. 1 biji telur
  3. Bahan-bahan tepung goreng homemade :
    1. 1 cawan tepung gandum
    2. 2 sudu tepung jagung
    3. 3 sudu serbuk cili 
    4. Setengah sudu besar serbuk jintan manis
    5. Setengah sudu serbuk jintan putih
    6. Setengah sudu besar serbuk ketumbar
    7. 2 sudu besar butter dan sedikit garam halus
  4. Bahan-bahan sos pedas :
    1. 4 tangkai cili kering
    2. 3 ulas bawang merah kecil
    3. 2 ulas bawang putih
    4. Setengah inci halia
Cara-cara menyediakan nya :

  1. Gaulkan sosej yang dipotong dengan 1 biji telur yang telah dikacau
  2. Gaul kan semua bahan-bahan tepung goreng homemade sehingga menjadi halus. Hancurkan butter bersama tepung
  3. Gaulkan tepung goreng homemade dengan sosej yang telah direndam bersama telur tadi
  4. Gorengkan sosej sehingga garing atau rangup. Angkat dan ketepikan sebentar
  5. Blendkan semua bahan-bahan sos pedas
  6. Tumis bahan yang di blend bersama 2 sudu makan sos cili
  7. Apabila kering naik minyak masukkan 1 sudu air asam jawa. Masukan gula - garam secukup rasa. Masukan bawang besar hiris tebal, hirisan cili hijau @ merah
  8. Padamkan api dan tuang keatas sosej yang digoreng tadi
  9. Siap
Sedap dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Sosej Butter Masak Pedas"

Post a Comment