Resepi Kek Pisang Tanduk Gebu

Anda ada pisang tanduk di dapur dan tidak tahu untuk buat apa dengan pisang tu. Takut kalau dibiar lama pisang itu busuk kerana pisang ni bukan boleh tahan lama sangat pon. Daripada terbuang di rumah tu, apa kata kita jadi kan ia bahan masakan kita. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan kek pisang yang sedap tak manis sangat gebu dan moist ini.


Bahan-bahan :

  1. 2 biji pisang tanduk sederhana besar - lecek
  2. 1 cawan gula kaster
  3. 1 cawan minyak jagung
  4. 4 biji telur gred A
  5. Bahan ayak :
    1. 1 setengah cawan tepung gandum
    2. 1 sudu kecil soda bikarbonat
    3. 1 sudu kecil baking powder
  6. Bahan lain-lain :
    1. 1 sudu besar jus limau nipis
    2. 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara nya :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sapu mentega pada loyang. Ketepikan sebentar
  2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3 ke 5 minit. Masukkan pisang dan kacau rata
  3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula
  4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang 8x8 dan bakar selama 40 ke 60 minit
  5. Apabila permukaan atas kelihatan perang, kurangkan suhu ke 150C. Bakar lagi 1 jam
  6. Siap dan boleh dipotong untuk hidangan petang
Sedap dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kek Pisang Tanduk Gebu"

Post a Comment