Resepi Kek Pandan Cheese Sedap

Arini jom kita cuba main bake pula. Asyik-asyik main kuali periuk sahaja kan. Jom kita tengok bagaimana nak menyediakan kek pandan cheese yang lazat ini. Jangan tersilap ye, ini kek pandan berlapis atau berlayered cheese. Bukan macam kek pandan tabur cheese kat atas tu.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan-bahan pandan atau lapisan hijau :
    1. 250 gram butter 
    2. 1 cawan gula halus
    3. Setengah tin kecil susu pekat manis
    4. Setengah tin kecil kaya 
    5. 100 gram horlick
    6. 1 setengah cawan tepung hongkong
    7. Sedikit perisa pandan
    8. 1 botol kecil pandan pes
    9. 5 biji telur gred B
  2. Bahan-bahan cheese atau lapisan cheese :
    1. 500 gram cream cheese
    2. 1 biji telur
    3. 1 sudu makan tepung
    4. 3/4 cawan gula halus
    5. Sedikit esen vanilla
Cara-cara nya :

  1. Cara membuat bahagian hijau
    1. Pukul butter,perasa pandan dan gula sampai kembang dan putih
    2. Masukan telur satu persatu. Pukul sebati
    3. Masukan susu manis dan kaya. Pukul sebati
    4. Masukan pula horlick. Pukul sebati
    5. Masukan pes pandan. Gaul rata
    6. Masukan tepung .Gaul sebati
    7. Bahagikan kepada 3 bahagian
    8. Kukus berlapis lapis dengan bahagian cheese
  2. Cara membuat bahagian cheese
    1. Satukan semua bahan-bahan cheese. Pukul sampai sebati
    2. Bahagikan kepada dua bahagian
    3. Lapiskan diatas adunan hijau tadi. Buat sampai habis
Tips : Untuk memastikan kek samada sudah masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi ditengah-tengah kek dan angkat semula. Jika lidi bersih sahaja, tanda nya sudah masak.
Tips : Gunakan la loyang 8x8 untuk kesenangan anda

Sedap dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Kek Pandan Cheese Sedap"

Post a Comment