Resepi Roti Naan Cheese Leleh Kental

Siapa penggemar roti naan dan malas untuk keluar rumah dan makan diluar. Cuba la resepi ini, senang sahaja sebenar nya. Macam buat donat, cuma donat adunan kecil tetapi roti naan ni besar sikit. jom kita tengok bagaimana untuk mnyediakan roti naan cheese ini.


Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Setengah kg tepung gandum - 3 keping roti naan
  2. Setengah pack mauripan - campur dengan setengah cawan air 
  3. 3 sudu marjerin
  4. 2 sudu susu pekat
  5. 3 sudu susu tepung
  6. Garam
  7. Cheese
Cara-caranya :
  1. Masukkan semua bahan kecuali mauripan dan cheese. Apabila sudah sebati, baru masukkan campuran mauripan dengan air tadi.Uli sehingga jadi doh, perap sehingga kembang
  2. Apabila doh kembang, bahagikan 3 bahagian doh. Uli bagi lebar
  3. Masukkan cheese kedalam setiap doh yang sudah dilebarkan, kemudian bulatkan kembali
  4. Uli jadi seperti bentuk lempeng. kemudian, biar seketika sampai kembang seperti donat
  5. Bakar diatas kuali leper dan disapu marjerin supaya tidak melekat
  6. Siap
Sedap dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Roti Naan Cheese Leleh Kental"

Post a Comment