Resepi Mee Kicap Popular Ipoh

Mee Kicap ni sebenar nya sangat mudah untuk disediakan. Tetapi, untuk menyediakan mee kicap yang sedap itu lah memerlukan resepi yang betul. Jom kita lihat bagaimana untuk menyediakan mee kicap yang sedap dan sangat popular di Ipoh iaitu mee kicap mat Jasak.


Bahan-bahan nya :
  1. 500 gram mee kuning
  2. 100 gram taugeh
  3. Bahan untuk kuah kicap
    1. 4 ulas bawang putih - Racik halus
    2. 2 sudu besar minyak masak
    3. 2 cm halia - ditumbuk
    4. 6 sudu besar kicap manis
    5. 6 sudu besar sos tiram
    6. 2 sudu kecil kicap pekat
    7. 2 sudu kecil pati ikan bilis
    8. Lada sulah
    9. 2 cawan air
    10. Garam & gula
  4. Bahan untuk sup
    1. 2 ulas bawang merah
    2. 2 ulas bawang putih
    3. 6 cawan air
    4. Kiub ikan bilis
    5. Fish cake & fish ball
    6. Lada sulah dan garam
  5. Bahan untuk Cili
    1. Setengah cawan cili kisar
    2. Suku cawan air asam jawa
    3. Garam & gula
Cara-cara nya :
  1. Penyediaan kuah kicap
    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing. Angkat dan ketepikan untuk di hidangkan bersama mee nanti
    2. Dengan menggunakan minyak bekas menggoreng bawang putih tadi, tumis halia hingga naik bau. Seterusnya masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat. Biarkan mendidih
    3. Masukkan pula lada sulah, pati ikan bilis,garam dan gula. Jangan terlebih masukkan garam. Sebaiknya suaikan rasa terlebih dahulu. Masak sehingga kuah sebati dan matikan api
  2. Penyediaan sambal cili
    1. Panaskan minyak, tumiskan cili kisar hingga garing, masukkan garam dan gula
    2. Tuangkan sedikit air asam jawa
    3. Kacau hingga sebati
  3. Penyediaan sup
    1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, masukkan air
    2. Biarkan mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sedikit garam
    3. Renih sebentar dan matikan api dapur
  4. Langkah terakhir
    1. Celur mee dan taugeh. Toskan
    2. Letak mee dan taugeh tadi di dalam pinggan dan tuang kuah kicap. Tabur daun bawang dan bawang putih goreng
Siap. Sangat mudah, anda jangan terpedaya dengan list barang-barang yang diperlukan dan penulisan ini. Kalau anda baca dan cuba buat pasti anda terkejut betapa ringkas nya untuk menyediakan mee kicap yang lazat. Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Mee Kicap Popular Ipoh"

Post a Comment