Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri Simple dan Lazat

Resepi yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Senang nak di cari di restoran-restoran tempatan, tetapi susah untuk dapat kan yang sedap. Tidak perlu gusar, kami akan kongsikan resepi gulai kuining ikan tenggiri yang lazat.


Bahan-bahan nya :

  1. 4 ke 5 ketul ikan tenggiri 
  2. 1 biji bawang merah 
  3. 1 biji bawang putih
  4. 1 setengah inci lengkuas
  5. 1 inci kunyit
  6. 1 paket santan pekat
  7. 6 ke 7 biji cili kering - rendam dalam air panas
  8. 1 ke 2 asam keping 
  9. 2 biji lada hijau
  10. 3 ke 4 biji baby timun batang
  11. garam dan gula
Cara-cara penyediaan nya :

  1. Semua bawang, kunyit, lengkuas dan cili kering perlu di blend kan sekali
  2. Masukan bahan yang di blend tadi kedalam periuk bersama santan pekat dan secawan air bersama asam keping 
  3. Sentiasa kacau, biar bahan blend sebati dengan santan. Selepas itu kita masukkan ikan bersama garam dan gula
  4. Perlu kacau lagi perlahan-lahan diatas api yang sederhana sampai mendidih baru dimasukkan lada solok dan baby timun batang. Kecilkan api dan biarlah gulai itu mendidih dengan api perlahan lebih kurang 10 minit baru boleh tutup api
  5. Siap untuk dihidangkan 
Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Gulai Kuning Ikan Tenggiri Simple dan Lazat"

Post a Comment