Resepi Roti Puri Lembut

Ada yang memerlukan idea untuk sarapan pagi yang ringkas dan sangat bermakna bersama suami dan anak?. Jom kita makan roti puri hasil dari tangan kita sendiri. Tidak perlu pergi ke restoran mamak untuk makan roti puri ni. 



Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. Setengah sudu kecil yis
  3. 3 sudu besar minyak masak
  4. Setengah sudu kecil garam
  5. 3/4 air panas
Cara-cara nya : 
  1. Gaulkan tepung gandum, yis, garam dan minyak masak
  2. Masukkan air panas kemudian gaul rata dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
  3. Kemudian bulat-bulatkan dan leperkan dengan penggelek
  4. Perapkan selama 15 minit
  5. Setelah 15 minit berlalu, panaskan minyak dalam kuali, goreng sampai kekuningan
  6. Siap untuk dihidangkan
Tips : - Untuk kembungkan puri, siramkan minyak masak atas roti ketika menggoreng

Senang sahaja kan. Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Roti Puri Lembut "

Post a Comment