Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai


Bahan-bahan nya :
  1. 1 ekor ikan siakap 
  2. 100 ml air 
  3. 2 sudu besar minyak 
  4. Garam
  5. Bahan Cincang Halus
    1. 5 ulas bawang merah
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 3 cm halia muda
    4. 2 biji cili merah
  6. Bahan hiris Halus
    1. Setengah kuntum bunga kantan
    2. 2 helai daun limau purut
    3. 4 ke 5 biji cili padi
  7. Bahan sos
    1. 2 sudu besar cili kisar
    2. 1 sudu besar sos tomato
    3. 2 sudu besar sos cili
    4. 2 sudu besar sos plum 
    5. 2 sudu besar gula pasir
    6. 1 sudu besar jus limau nipis atau lemon
    7. 1 sudu kecil kicap manis
Cara-cara memasaknya :
  1. Lumur ikan siakap dengan garam, kunyit dan digoreng garing
  2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit
  3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata 
  4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, garam secukup rasa
  5. Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng
  6. Siap untuk dihidangkan


Selamat mencuba dan anda boleh like FB page kami untuk update resepi-resepi yang kami kongsikan di sini

0 Response to "Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Ala Thai"

Post a Comment