Resepi ini adalah untuk satu adunan bunga.
Bahan-bahan nya :
- 3 biji telor
- 2 cawan gula
- 250 gram tepung gandum
- 2 setengah cawan santan
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu pati pandan
- 1 packet bijan
Cara-cara nya :
- Pukul telor dan gula hingga sedikit kembang
- Masukkan tepung dan kacau sehingga rata
- Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau rata.
- Adunan jangan terlalu cair. Letakkan garam, serbuk kulit kayu manis, pati pandan dan sedikit pewarna hijau
- Panaskan oven selama 10 minit
- Panaskan acuan kuih di atas dapur dan letakkan sedikit minyak masak
- Apabila panas curahkan adunan ke dalam acuan. Kecilkan api dan tutup bahagian atas dengan tudung periuk
- Selepas 3 minit taburkan bijan di atasnya. Masak selama 3 minit lagi
- Selepas itu masukkan ke dalam oven supaya bahagian atas kuih itu masak
- Setelah masak boleh keluar dan hidangkan panas
Sedap dibuat hidangan petang-petang. Selamat mencuba
Sumber - http://sweetiesaqi.blogspot.my
0 Response to "Resepi Kuih Bombay @ Kuih Bakar"
Post a Comment