Resepi Roti Telur Goreng yang lazat

Resepi roti telur sangat mudah sampai anak anda pon boleh buat punya. jom kita try


 
Bahan-bahan yang diperlukan :
  1. Roti gardenia
  2. 3 biji telor
  3. Garam
  4. Secubit Sedap rasa MAGGI - tambah rasa, kalau tiada pon takpa
  5. Sedikit lada sulah
  6. Sedikit lada hitam hancur dalam botol
  7. Daun saderi
  8. Cili padi 2 biji - kalau nak pedas
  9. 1 biji bawang besar
  10. Butter
Cara-cara menyediakan nya :
  1. Pecahkan 3 biji telor dan pukul dengan garfu
  2. Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan lada hitam. Dikacau lagi dengan garfu
  3. Panaskan non stik pan, letak butter , ambil sekeping roti dan celop ke dalam telor tadi terus letak dalm pan
  4. Taburkan bawang besar yg dihiris , cili padi dan daun saderi
  5. Letakkan 2 ke 3 sudu lagi telor tadi dan letak sedikit butter di atasnya
  6. Bila bahagian bawah dah masak, balikkan dan masak bahagian yang lagi satu tu
  7. Bila sudah masak angkat dan hidangkan atas pinggan atau potong da masukkan kedalam bekal anak atau suami
  8. Sedap makan masa masih panas lagi. Tapi kalau sejuk pon sedap je
Sumber - http://sweetiesaqi.blogspot.my

0 Response to "Resepi Roti Telur Goreng yang lazat"

Post a Comment