Senang dan cepat je nak buat kacang pedas ni. boleh dibuat makan ketika menonton TV atau hidangan ketika Raya nanti. hehe
Bahan-bahan nya :
- 500 gram kacang tanah - basuh & kering kan
- 6 ulas bawang putih*
- 3 sudu besar gula*
- 1 sudu kecil garam*
- 3 sudu besar serbuk cili*
- 2 biji telur*
- 1 Sudu kecil cukup rasa @ kiub ayam*
- 6 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung beras
- minyak masak
Cara-cara nya :
- Campur kan 6 ulas bawang putih, 3 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam, 3 sudu besar serbuk cili, 2 biji telur dan 1 sudu kecil kiub ayam kemudian kacau sebati
- Lepas tu masukkan kacang gaul sekali lagi
- Akhir sekali satukan kedua-dua tepung dan gaul bersama
- Boleh goreng
- Nampak warna sudah cantik, boleh la tos dan masukkan kedalam bekas simpanan
- Siap
0 Response to "Resepi Kacang Pedas @ kacang botak"
Post a Comment