Resepi Kek Bunga Rampai yang Pasti Sedap

Bunga rampai merupakan sejenis campuran daripada beberapa jenis bunga terpilih dan daun pandan yang di hiris halus serta digaul dengan minyak wangi. Bunga rampai digunakan dalam beberapa jenis maljlis dan adat istiadat di masyarakat Melayu seperti Majlis Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Majlis Berkhatan, Majlis Potong Jambul, Majlis Akad Nikah, Majlis Meraikan Orang Ternama dan sebagainya. Boleh ke ia dijadikan makanan, tanpa melengahkan masa anda membaca jom kita kongsikan resepi kek bunga rampai wangi2 dan sedap ini.


Bahan-bahan nya:
  1. 1 cawan majerin
  2. 4 biji telur gred A
  3. 1 cawan gula kastor
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 1 sudu besar overlette
  6. 1 sudu kecil baking powder
  7. 1 sudu kecil vanila
  8. 2 sudu besar susu pekat manis
  9. kelapa kering
Cara-cara nya :
  1. Warnakan kelapa kering ikut kesukaan
  2. Pukul majerin bersama gula hingga kembang
  3. Masukan telur satu persatu dan pukul sebati
  4. Masukan overlette dan susu. Pukul sekejap
  5. Masukan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit. Pukul sebati jangan terlalu lama
  6. Masukan kelapa yang telah diwarnakan tadi
  7. Sapu loyang dengan mentega kemudian dilapik dengan baking paper
  8. Bakar pada suhu 170 selama 50 minit
  9. Siap dan boleh dihidang dengan kopi
Tips - Oven dipanaskan dalam 10 minit sebelum kek dibakar

Kredit kepada salmiah bt ahmad (mahn). Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Kek Bunga Rampai yang Pasti Sedap"

Post a Comment