Resepi Kek Masam Manis Special

Anda sudah lama tak main dengan oven. Teringin nak main dengan oven tapi tiada idea untuk buat apa. Tanpa tunggu lagi, pergi beli bahan-bahan resepi kek masam manis ini dikedai kemudian boleh la cuba buat dengan berpandukan resepi kek masam manis dibawah ini.


Bahan-bahan nya :
  1. 5 biji telur
  2. 2 cawan tepung kek
  3. 1 setengah cawan gula halus
  4. 100ml minyak masak
  5. 150ml susu cair
  6. 1 sudu kecil serbuk penaik
  7. 1 sudu besar ovellate
  8. 1 sudu kecil esen vanilla
  9. Pewarna pilihan dalam 3 warna
  10. Asam Haw Flakes
Cara-cara nya :
  1. Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang
  2. Masukkan vanilla pukul
  3. Masukkan minyak dan pukul sebati
  4. Akhir sekali masukkan tepung diselangkan dengan susu cair. Kacau rata
  5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian kemudian warnakan setiap bahagian lain-lain
  6. Panaskan kukusan
  7. Sapu loyang dengan minyak
  8. Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam
  9. Kukus selama 5 ke 7 minit. lapiskan lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis
  10. Lapisan terakhir biar kukus lama sedikit supaya kek betul-betul masak
  11. Siap
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Kek Masam Manis Special"

Post a Comment