Resepi Ringkas Sup Tepung yang boleh tahan sedap nya

Siapa sangka jika anda tiada ayam, daging, ikan dan lain-lain sumber protein anda boleh juga menyediakan sup yang lazat untuk dibuat lauk atau penambah selera anda ketika makan nasi ayam. Resepi ini sangat mudah dan bahan yang diperlukan pon sangat sesuai untuk sesiapa yang bahan dapur nya sudah kekurangan akibat hujung bulan gaji tak masuk lagi. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan sup tepung ini.


Bahan-bahan nya :
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 2 biji bawang putih
  3. 4 biji bawang merah
  4. 3 sudu ikan bilis
  5. Seikat sawi - hiris
  6. Minyak 
  7. Garam

Cara-cara nya :
  1. Uli tepung dengan sedikit garam dan air hingga lembut sampai tidak melekat pada tangan
  2. Mayang bawang putih dan merah kemudian tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan
  3. Masukkan air dalam 1 liter. Biarkan sampai mendidih
  4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna kedua-dua tangan, hingga menjadi sekeping nipis. Masukkankan kedalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak
  5. Masukkan sawi kedalam periuk. Letak garam secukup rasa
  6. Apabila sawi sudah kelihatan empuk. Padam kan api
  7. Siap untuk dihidang
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun.

0 Response to "Resepi Ringkas Sup Tepung yang boleh tahan sedap nya"

Post a Comment