Resepi Sup Kambing yang betul -betul Sur punya





Bahan-bahan

  • 1 Kilogram Isi daging kambing serta tulang
  • 2 sudu besar Minyak Ghee (Minyak Sapi)
  • 2 sudu besar Minyak Masak
  • 4 biji Bawang Merah*dikisar
  • 1 labu Bawang Putih diketuk
  • ½ labu Bawang Putih*dikisar
  • 2 inch Halia*dikisar
  • 1 batang Kayu Manis
  • 3 biji Bunga Lawang
  • 5 biji Buah Pelaga
  • 3 sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 packet kecil Serbuk Sup Adabi
  • 3 sudu besar Rempah Kurma Adabi
  • 1 sudu kecil biji Lada Hitam
  • Bawang goreng / daun sup/ daun ketumbar

Cara cara untuk menyediakan

  1. Perapkan tulang dan isi daging kambing dengan serbuk kunyit selama 30minit - 1jam.
  2. Rebuskan tulang dengan 1 labu bawang putih diketuk. Saya guna periuk high pressure cooker. Pastikan daging benar-benar empuk.
  3. Di periuk yang lain, Rebuskan kentang. Kemudian kisarkan. Boleh kisar dengan kulit atau kupas.
  4. ‎Panaskan periuk, masukkan minyak ghee & minyak masak
  5. Tumiskan buah pelaga, kayu manis & bunga lawang sehingga naik bau
  6. ‎Masukkan bahan yang dikisar, bawang merah, bawang putih,halia .  Tumis sehingga pecah minyak
  7. Masukkan dan Tumiskan sekali rempah sup serta rempah kurma
  8. Kemudian masukkan air tulang dan isi daging kambing.
  9. Renehkan sehingga menggelegak, kemudian masukkan kentang dan lada hitam
  10. Perasakan garam dan taburkan bawang goreng serta daun sup / daun ketumbar
  11. ‎Siap. Boleh di hidang dengan roti atau nasi panas.


Tips : Untuk kesedapan yang berganda :- Buat sos kicap pedas & potong limau nipis.

Kredit Resepi dan Gambar : Bunga Lavender

0 Response to "Resepi Sup Kambing yang betul -betul Sur punya"

Post a Comment