Resepi Mee Soto Madura

Anda jangan keliru dengan mee sup dan mee soto walaupun kalau dilihat depan mata atau gambar nampak seakan-akan serupa. Tetapi apabila dirasa, rasa nya berbeza. Kerana bahan-bahan yang diperlukan untuk mee soto adalah lain daripada mee sup. Sesiapa yang ingin mencuba resepi mee soto madura yang sangat mudah ni boleh la cuba.


Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Bahan A
    1. 5 sudu makan minyak masak 
    2. 2 liter air 
    3. 1 kg daging - dipotong kecil 
    4. Garam secukup rasa 
    5. Mee kuning 
    6. 1 mangkuk tauge - dibuang akar 
    7. 1 pokok daun bawang - hiris
    8. 1 pokok daun sup - hiris
    9. Bawang goreng - hiasan 
    10. 5 biji telur rebus - dibelah 2
    11. 5 biji limau kesturi - dibelah 2
  2. Bahan B - Tumis
    1. 2 inci kulit kayu manis 
    2. 4 biji buah pelaga 
    3. 3 kuntum bunga lawang 
    4. 5 kuntum bunga cengkih 
  3. Bahan C - kisar
    1. 6 biji bawang merah 
    2. 4 ulas bawang putih 
    3. 2 inci halia 
    4. 1 inci lengkuas 
    5. 1 inci kunyit hidup 
    6. 3 batang serai 
    7. 3 sudu makan rempah sup 
    8. 1 sudu teh lada hitam 
    9. 5 biji buah keras 
  4. Bahan D - sambal kicap
    1. 10 biji cili api 
    2. 2 ulas bawang putih 
    3. 2 sudu makan kicap manis 

Cara-cara nya :

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis semua bahan B dan bahan C sehingga wangi
  2. Masukkan air, daging, dan garam. Masakkan sehingga daging lembut
  3. Keluarkan daging dan hiris nipis
  4. Bagi membuat kicap pedas pula, panaskan sedikit minyak dan gorengkan cili api dan bawang putih sehingga layu
  5. Kisar halus bahan yang digoreng dengan kicap 
  6. Hidangkan dengan mi kuning, tauge, daun bawang, daun sup, bawang goreng, telur rebus, limau kesturi, dan kicap pedas
Selamat mencuba. Sumber resepi daripada Chef Hanieliza di dalam buku 500 Kompilasi Resepi Chef Hanieliza 

0 Response to "Resepi Mee Soto Madura"

Post a Comment