Resepi Ayam Masak Bali

Nama resepi macam dari Bali Indonesia. Anda mesti tertanya-tanya kenapa ayam masak bali. Jom kita tengok resepi ayam masak bali. Lepas itu baru anda tahu mengapa nama nya sebegitu rupa.


Bahan-bahan nya :

  1. Setengah ekor ayam
  2. Bawang besar sebiji - blend halus
  3. 2 ulas bawang putih - blend halus
  4. 1 inci halia - blend halus
  5. Kicap manis
  6. 6 batang serai - diketuk
  7. Daun kari
  8. 4 sudu cili kisar
  9. Garam
  10. Serbuk kunyit
  11. Asam keping
Cara-cara nya :


  1. Cuci ayam dan potong kecil. Kemudian di sapu rata garam dan serbuk kunyit
  2. Goreng ayam separuh masak dan di tos kemudian ketepikan sementara
  3. Bahan 2 sampai 4 di blend halus sekali
  4. Tumis serai sampai garing sikit, masuk daun kari. Apabila sudah garing masukkan bahan blend halus. Masak sampai pecah minyak, kemudian masuk cili kisar, asam keping. 
  5. Apabila pecah minyak, masukkan kicap manis 2 sudu
  6. Masuk ayam yang sudah digoreng separuh masak tadi
  7. Perasakan dengan garam sesedap rasa
  8. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan
  9. Siap
Senang sahaja kan. Anda mesti keliru lagi kenapa ayam masak bali. Kerana kita pon tak tahu, yang kita tahu ayam masak bali ni sangat sedap. Kredit kepada owner resepi ini. Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like page FB kami di Resepi Malaya turun-temurun

0 Response to "Resepi Ayam Masak Bali"

Post a Comment