Resepi Sata Ikan Kembong senang

Sata ni orang cakap asal nya dari Terengganu. Sedap dimakan begitu saja. Jom kita buat sata ikan kembong.

Bahan-bahan nya ialah : 

  1. 4 ke 6 ekor Ikan kembong - ambil isi ikan sahaja
  2. 2 cawan kelapa parut putih 
  3. 4 ulas bawang merah - dicincang halus
  4. 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  5. 1 ulas halia - dicincang halus
  6. 3 ke 5 biji cili padi - ditumbuk lumat
  7. Daun kunyit - dihiris halus
  8. Garam 
  9. Gula
  10. Setengah kiub Pati ikan bilis
  11. Daun Pisang
Cara-cara menyediakan nya :

  1. Kisarkan isi ikan bersama bawang merah, bawang putih & halia
  2. Kemudian gaulkan dengan sebati, kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi bersama kepala parut, cili padi, garam, gula, pati ikan bilis serta daun kunyit
  3. Masukkan adunan sata kedalam corong daun pisang 
  4. Kemudian bakar sehingga masak - 15 minit ke 20 minit bergantung kepada api
4 step je secara keseluruhan. Senang je kan nak buat sata ni. Boleh je guna ikan lain, tapi ikan kembong sedap sikit. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Sata Ikan Kembong senang"

Post a Comment