Resepi Telur Gulung

Resepi ni sangat ringkas. Boleh siap dalam 30 minit je. Semua orang boleh buat. Bagaimana nak masak telur gulung yang simple ni?


Bahan-bahan nya:

  1. 4 biji telur 
  2. Setengah cawan susu segar 
  3. 3 tangkai daun sup - dihiris
  4. 1 pokok daun bawang - dihiris
  5. 2 biji cili merah - dihiris
  6. 2 sudu makan minyak masak 
  7. Garam 

Cara memasak :

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk 
    dan pukul rata 
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali non-stick leper dengan api perlahan 
  3. Tuangkan separuh adunan ke dalam kuali dan lenggangkan 
    supaya rata di dalam permukaan kuali 
  4. Apabila nampak telur hampir masak gulungkan perlahan-lahan 
  5. Masukkan ke dalam pinggan 
  6. Hidang kan la, siap dah pon
Senang kan. Apelagi jom cuba

0 Response to "Resepi Telur Gulung"

Post a Comment