Resepi Ayam Paprik yang sedap macam di Thailand

Masakan paprik boleh la kita katakan masakan daripada Negara Thailand dan ada sedikit gubahan yang membezakan sedikit Paprik Malaysia dan Thailand. Resepi yang kami ingin kongsikan ini adalah ayam paprik yang sangat sedap.

Sumber Google
Bahan-bahan nya :

  1. Ayam yang dipotong kecil
  2. 2 batang lobak merah
  3. 5 pcs putik jagung
  4. 3 ke 4 urat kacang panjang - dipotong
  5. 10 biji cili padi
  6. 4 sudu besar sos cili
  7. 2 sudu besar sos labu
  8. 4 batang serai - diketuk
  9. 5 ke 6 pcs daun limau purut - dicarik
  10. Kicap manis
  11. 1 sudu besar gula
  12. 1 sudu kecil garam
  13. Sedikit bahan perasa
  14. 2 setengah senduk minyak masak
  15. Setengah cawan air
  16. Bahan-bahan kisar
    1. 10 tangkai cili kering
    2. 1 biji bawang besar
    3. 5 ulas bawang putih
    4. Sebesar ibu jari halia
Cara-cara memasak :

  1. Panaskan minyak dan masukkan serai kemudian digoreng hingga perang 
  2. Kemudian masukkan bahan kisar,gula,garam,perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan warna berubah
  3. Masukkan sos cili, sos labu dan kicap. kacau 
  4. Masukkan ayam dan daun limau purut kemudian kacau sebati
  5. Masukkan sayuran dan cili padi
  6. Masukkan air dan biar sampai mendidih ganas
  7. Rasa, jika perlu tambah garam sila tambah garam
  8. Siap
Selamat mencuba. 

0 Response to "Resepi Ayam Paprik yang sedap macam di Thailand"

Post a Comment