Resepi Roti Sardin Goreng Rangup & Lazat

Masakan kali ini sangat mudah dan boleh disiapkan dalam 15 minit sahaja jika anda cekap. Jom kita tengok bagaimana untuk menyediakan roti sardin goreng ini.

Gambar Google
Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Sebiji bawang besar
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 2 biji telur ayam
  4. Sebungkus roti Gardenia
  5. 3 batang sosej Ayamas - kalau ada
  6. 1 tin sardin Ayam Brand 
  7. 2 sudu gula 
  8. Madu - kalau ada
  9. Sos Cili Thai
  10. Sedikit minyak masak
  11. Garam secukup rasa
  12. 3 ke 5 biji cili padi - kalau nak pedas

Cara-cara nya :
  1. Cara masak sardin 
    1. Lenyek atau gelekkan roti Gardenia satu persatu sehingga nipis dengan menggunakan gelas silinder kaca di atas papan pemotong sayur
    2. Potong dadu bawang putih dan bawang besar
    3. Sosej dipotong nipis
    4. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Selepas itu masukkan bawang putih dan bawang besar
    5. Masukkan tiga sudu Cili Thai ke dalam kuali. Tumis selama 2 minit dengan nyalaan api sederhana
    6. Masukkan sardin Ayam Brand ke dalam kuali. Cincang sardin tersebut dengan menggunakan senduk kuali. Masukkan cili padi (jika ingin pedas) dan garam secukup rasa
    7. Kacau selama 3 minit. Kemudian masukkan 2 sudu besar gula atau madu ke dalam masakan tersebut
    8. Kacau sehingga sebati dan hampir kering 
    9. Kemudian, masukkan semua sardin tadi ke dalam pinggan 
  2. Langkah yang seterus nya, pecahkan telur ke dalam mangkuk dan dikacau sehingga sebati (berbuih)
  3. Ambil sekeping roti yang telah dilenyek tadi, sapu telur di atas roti. Lipat kan roti - Pastikan inti sardin tidak terkeluar dihujung roti
  4. Setelah Siap lipat semua roti sardin, panaskan kuali dengan secawan minyak masak
  5. Celurkan atau lumurkan keseluruhan roti sardin ke dalam mangkuk telur tadi
  6. Kemudian masukkan roti ke dalam kuali dan digoreng dengan nyalaan api sederhana
  7. Roti hendaklah sentiasa dibalikkan supaya tidak hangus
  8. Tos kan minyak dan hidang.
  9. Siap
Selamat mencuba. Jangan lupa like FB page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Roti Sardin Goreng Rangup & Lazat"

Post a Comment