Resepi Sambal Ikan Bilis SEDAP DAN MUDAH

Sambal ikan bilis ni sangat sedap dan mudah sampai sedap dimakan dengan nasi lemak. Kalau nak makan dengan nasi putih sahaja pon sedap.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
  2. Setengah mangkuk cili kisar
  3. 1 biji bawang besar – hiris
  4. 1 keping asam @ air asam jawa
  5. Garam 
  6. 3 sudu besar gula pasir
  7. Gula merah @ gula Melaka - tiada pon tidak mengapa
  8. Bahan kisar :
    1. 3 biji bawang besar
    2. 3 ulas bawang merah
    3. Ikan bilis mentah
    4. Sedikit belacan bakar 
    5. 1 biji buah keras
Cara-cara nya :

  1. Panaskan minyak yang banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. 
  2. Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal
  3. Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak
  5. Tutup lah api dan sedia untuk dihidangkan
Selamat mencuba yer.


0 Response to "Resepi Sambal Ikan Bilis SEDAP DAN MUDAH"

Post a Comment