Resepi Tapai Pulut Manis Warisan Tradisional

Resepi tapai pulut manis dari Ragi Warisan. Yang sangat simple dan mudah untuk disediakan. sangat sedap dan sesuai dibuat makanan minum petang anda bersamai keluarga atau rakan-rakan.


Bahan-bahan nya :

  1. 1 kg beras pulut
  2. 1 biji ragi warisan tradisional
  3. Daun pisang
Cara-cara nya :

  1. Cuci beras pulut bersih-bersih kemudian ditanak sehingga masak. Setelah itu, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering
  2. Ragi di gosok pada penapis yang halus debunya. Kemudian taburkan secara rata pada pulut tadi. Kemudian balik-balikkan
  3. Sediakan daun pisang 
  4. Setelah itu, masukkan pulut tadi didalam daun pisang. Tutup daun pisang dengan penutupnya
  5. Simpan selama 1 ke 2 malam - suhu bilik
  6. Simpan sejuk selepas dua malam agar kekal manis
  7. Siap untuk dimakan
Tips : Tapai yang manis bergantung kepada ragi nya

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk like facebook page kami di Resepi Malaya Turun-temurun

0 Response to "Resepi Tapai Pulut Manis Warisan Tradisional"

Post a Comment