Resepi Kek Lobak - Carrot Cake

Kali ni kami ingin berkongsi bersama macam mana hendak menyediakan kek lobak atau nama mat salleh nye Carrot Cake.

Cake ni senang nak improvised untuk mencantikkan selepas berjaya menyiapkan nya. So, as for corak atau hiasan, anda boleh guna kreativiti anda.

RESEPI CAROT CAKE YG PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:-
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 camca teh baking powder
3. 1/2 camca teh soda bicarbonate
4. 1/2 camca teh garam halus
5. 1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis (disatukan dan diayak)
6. 2 biji telur gred "A"
7. 3/4 cawan minyak jagung
8. 1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
9. 1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
10. 1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
11. 1/2 cawan kelapa kering
12. 1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING

1. 70 g mentega tanpa garam
2. 125 g cream cheese
3. 1 camca teh esen vanilla
4. 1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA-CARA

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak.
2. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan.
3. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.4. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit).
5. Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
6. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi.
7. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
8. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
9. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka.
10. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.

PENYEDIAAN CREAM CHEESE :- 
1. Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus.
2. Gunakan kelajuan sederhana.
3. Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.
Gambar hiasan

SIAP!!. Selamat mencuba!

0 Response to "Resepi Kek Lobak - Carrot Cake"

Post a Comment