Resepi Nasi Goreng Cina yang simple dan sedap

Bagi orang yang tidak boleh makan makanan pedas sangat. Selalunya mereka akan order nasi goreng cina di kedai. Kalau dah selalu sangat makan di kedai, apa kata try buat sendiri pulak. Jom kita intai cara-cara untuk buat nasi goreng cina.

Bahan-bahan:
  • 2 mangkuk nasi putih sejuk - 2 orang makan
  • Sedikit isi ayam - boleh juga ditukarkan dengan daging lembu, udang, sotong atau campur kan sekali
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
  • 1-2 biji telur
  • Sedikit sayur campur - (mix frozen vegetable)/ carrot (potong dadu)
  • Garam, serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Bawang goreng dan daun bawang - untuk hiasan
  • Sedikit minyak 

Cara-cara:
  1. Panas sedikit minyak. Goreng telur seperti scramble egg (hancur-hancukan telur) sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika. 
  2. Kemudian panaskan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak kekuningan. 
  3. Masukkan sayur campur, garam, serbuk perasa secukupnya. Masukkan sedikit serbuk lada putih. Gaul sekata.
  4. Selepas itu masukkan telur yang digoreng hancur tadi (macam scramble egg). 
  5. Masukkan nasi dan kacau sekata bersama telur dan bahan-bahan tadi. Kemudian boleh padam api dan diangkat.
  6. Hidangkan dalam pinggan bersama bawang goreng dan cili padi yang dipotong (kalau nak rasa nasi tu pedas-pedas sedikit).
Selamat mencuba - gambar hiasan

Jika anda ada suggestion atau improvisation, boleh la menghubungi kami. Selamat mencuba!!!

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Cina yang simple dan sedap"

Post a Comment