Resepi Kek marble koko


Kami nak kongsi 1 resepi kek marble koko yg sedap yg amat. 
Lembut dan gebu betul kek marble ni. Cukup rasa dan sangat2 berbaloi mencuba.
Kami kongsikan resepi pada yg nak mencuba yer.

Bahan-bahan:
1. 250 gm buttter (Guna Buttercup boleh..planta pon boleh..tp sy guna pure butter.lg sedap.)
2. 250 gm tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder
3. 220 gm gula kaster
4. 4 biji telor gred A (kalau gred B 5 biji yer)
5. 1 sudu besar ovelette
6. 1 sudu besar esen vanilla
7. 3 sudu besar susu segar
8. 2 sudu besar serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas )

Cara-cara:

1.Putar butter dan gula hingga kembang,masukkan esen vanila dan ovellate putar lagi.
2.Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit,selang seli dengan susu segar,putar sampai adunan semua sebati.
3.Bahagikan kepada dua bahagian.Masukkan satu bahagian dengan warna kuning atau warna kesukaan.
Manakala untuk bahagian coklat masukkan bancuhan koko td.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilengser butter secara berselang-seli sehingga selesai.
5.Bakar selama 45 minit atau sehingga masak bergantung pada oven.Bila masak,terus keluarkan dari oven untuk mengekalkan kelembapannya.
6. Siap~
Selera bukan


0 Response to "Resepi Kek marble koko"

Post a Comment