Resepi Mee Goreng Mamak yang sangat sedap!
Bahan-bahan :
1. 500 gm mee kuning
2. 100 gm daging - hiris nipis
3. 1 mangkuk sawi - potong kecil
4. 2 ulas bawang putih - dicincang
5. 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
6. 1 sudu rempah kari
7. 2 sudu kicap lemak manis
8. 2 sudu sos tiram
9. 3 sudu sos cili
10. 1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
11. 1 biji telur
12. 1 biji tomato dibelah
2. 100 gm daging - hiris nipis
3. 1 mangkuk sawi - potong kecil
4. 2 ulas bawang putih - dicincang
5. 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
6. 1 sudu rempah kari
7. 2 sudu kicap lemak manis
8. 2 sudu sos tiram
9. 3 sudu sos cili
10. 1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
11. 1 biji telur
12. 1 biji tomato dibelah
Cara-cara untuk memasak :
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
5. Masukkan tomato yg dipotong2 dan sawi. Kacau sebentar.
6. Masukan mee dan sebatikan.
7. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
8. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
9. Masakkan mee agak kering.
10. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.
Selamat mencuba!. Kalau sedap, jangan lupe jemput. hehe
0 Response to "Resepi Mee Goreng Mamak yang lazat"
Post a Comment