Resepi Laksam - Pantai timur mari

Jom kita tengok macam mana untuk membuat laksam. Resepi laksam ni telah di tambah baikkan untuk sesiapa yang suke makan pedas!

Resepi Laksam Pedas Kaw punya

Bahan-bahan untuk kuah :

1. 1/2 kg ikan
2. 5 ulas bawang merah
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 batang serai
5. 1/2 inci halia
6. 1 sudu kecil lada hitam
7. 3 keping asam jawa
8. seketul gula melaka
9. pati santan dari 1 biji kelapa

Bahan-bahan untuk laksa kukus:

1. 3 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 4 1/2 cawan air suam
4. 1/2 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk sambal belacan :

1. 5 biji cili merah
2. 10 biji cili padi
3. 2 biji jus perahan limau nipis
4. garam dan gula secukup rasa
5. Bahan untuk ulam-ulaman:
6. kacang panjang
7. bunga kantan
8. timun
9. daun kesum
10. taugeh
11. bawang besar
12. limau kasturi
13. kubis

Cara-cara:

Cara untuk kuah laksam:

1. Rebus ikan bersama sedikit air, agak-agak tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan 1 asam keping, 1/2 inci halia dan sedikit garam.
3. Rebus dalam anggaran masa 15 minit.
4. Apabila ikan sudah masak, sejukkan kemudian asingkan isi ikan dan bahagian tulangnya.
5. Air rebusan ikan jangan dibuang, tapis dan ketepikan.
6. Kisar isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga halus.7. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar halus, asam keping dan serai.
8. Masak bersama air rebusan ikan tadi dan rebus sehingga mendidih.
9. Masukkan pati santan, sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.
10. Kacau di atas api yang perlahan.
11. Tak perlu masak kuah terlalu lama kerana santan akan pecah minyak dan kuah akan jadi kurang sedap. Memadai cuma selama 5 minit.
12. Hidangkan bersama laksa dan ulam ulaman

Cara untuk laksa kukus:
1. Panaskan periuk kukusan. Sediakan 2 loyang berukuran 8" atau 9". Kalau tak ada loyang, tudung periuk pun boleh.
2. Satukan tepung bersama garam. Bancuh dengan air suam dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Che Nom kacau menggunakan whisk, lagi cepat halus.3. Sapikan sedikit minyak pada permukaan loyang, tuang adunan tepung sebanyak 3 senduk kecil.4. Kukus selama 5-8 minit.
5. Angkat loyang dan sejukkan. Boleh juga di alirkan air sejuk di bahagian bawah loyang supaya laksa senang dikeluarkan.
6. Gulung laksam dan ulang langkah sehingga adunan tepung habis. Anggaran dapat 8-9 gulung laksam.7. Gunting laksam setebal 1/2 inci sebelum dihidangkan.

Cara untuk sambal belacan:

1. Kisar kesemua cili dan gaul bersama jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa
Cara untuk ulam ulaman:

1. Hiris halus kesemua bahan ulam.

Tip:
Boleh dihidangkan bersama belacan dan garam (ikut cara orang kelantan)

Step resepi yang paling panjang pernah kami kongsikan. Tetapi sangat berbaloi apabila siap. Selamat beramal.

0 Response to "Resepi Laksam - Pantai timur mari"

Post a Comment