Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin Paling Simple & confirm sedap daripada tukang masak terkemuka!!! 

Bahan-bahan:-

1. 1 mangkuk besar nasi
2. 1 labu bawang besar dimayang
3. 1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
4. Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
5. 1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
6. 2 biji telur
7. Sedikit kicap lemak manis
8. Garam secukup rasa
9. Minyak untuk menumis

Cara-cara:-

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya.
4. Siap.

Sedap & Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Nasi Goreng Sardin"

Post a Comment