Resepi Sotong masak steam bersama limau

menu hari ini : Lime Steamed squids

Seperti yang anda lihat pada gambar dibawah, bahan-bahannya ialah :

1. 3 ekor sotong segar (agak besar saiznya)
2. serai 3 / lengkuas kalau suka.
3. daun ketumbar dengan akarnya.
4. bawang putih seulas dan halia sikit.
5. secubit garam.


Cara-caranya :

1. Bersihkan sotong. Kelarkan badan sotong tanpa putus.
2. Tumbuk lumat bawang putih, halia dan garam.
3. Gaulkan dengan sotong.
4. Titik serai dan sumbatkan dalam badan sotong.
5. Masukkan sotong dalam kuali dan letakkan pangkal pokok ketumbar bersama akarnya. Pastikan akar ketumbar sudah dibasuh bersih.
6. Hidupkan api sederhana dan tutup rapat kuali dengan penutupnya.
7. Sambil-sambil tu, kita buat sosnya.

  • 1 sdb gula + 3 sdb sos ikan + 3 sdb air perahan limau + 3 cili thai / cili padi yang dihiris nipis = gaul sebati dan perasakan.
8. Agak-agak 5-10 minit boleh buka tudung kuali, tengok ada keluar air sotong tak. Kalau macam sotong dah warna merah jambu tapi tiada air sotong, kecilkan sedikit api.
Bukan apa, takut hangus nanti ðŸ˜‚. Boleh balikkan sotong jika takut tak masak.
9. Angkat sotong letak dalam pinggan, hiris limau kasturi, susun bagi cantik. Kahkah. Tuang sos limau di atas sotong dan taburkan daun ketumbar yang dicincang.



***Kredit resepi ini kepada suhailah samson via masak apa hari ni

0 Response to "Resepi Sotong masak steam bersama limau"

Post a Comment