Resepi Roti Lasagna Gardenia

CARA BUAT LASAGNA MENGGUNAKAN ROTI Gardenia

Jika anda ada lebihan roti di rumah. bolah la cuba resepi ini. Lasagna bread malay style yang telah dikongsi kan oleh Puan Nurul Ain Abdullah di facebook beliau. 
BAHAN-BAHAN yang diperlukan
bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti Gardenia  - di buang kulit
  • Cheese mozarella 1 paket - apa-apa brand pon boleh
  • Tomato puri 1 tin
  • Daging/ayam cincang - Cap Ramly
  • Sayur campur
  • Sosej (dipotong kecil)
  • Lada capsicum
  • Bawang putih dan bawang besar  - dipotong dadu
  • Garam
  • Sos Life

CARA-CARA:-

1. SEDIAKAN INTI

Langkah pertama, kita sediakan intinya terlebih dahulu. Terpulanglah nak inti ayam, daging, atau seafood. Untuk perkongsian ini, saya gunakan ayam cincang dan sosej sebagai bahan asasnya.
Untuk membuat inti langkah seperti berikut:
  • Tumis bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan sayur campur.
  • Campurkan ayam cincang dan sosej.
  • Masukkan tomato puri.
  • Perasakan dengan garam. Masak hingga kering. Asingkan.

2. SALUT ROTI DENGAN TELUR

Bila intinya dah sedia, kita boleh mulakan proses melapis-lapiskan roti.
Sebelum itu, pecahkah telur dan pukul hingga hancur. Lepas itu, ambil roti yang telah dibuang kulit dan salutkan dengan telur yang telah dipukul. Susunkan dalam loyang pembakar.
3. LAPISKAN DENGAN INTI
Seterusnya, lapiskan dengan inti yang dimasak tadi. Padat-padatkan dan ratakan.

4. TABURKAN CHEESE & SOS CILI

Kemudian, taburkan cheese sebanyak mana yang anda suka. Siapa suka banyak, boleh lebihkan

5. ULANG HINGGA 3 LAPISAN
Ulang no 2-4 sebanyak 2 kali lagi. Ini terpulang kepada anda mahu kan berapa lapisan.

6. BAKAR DALAM OVEN


Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah selama 40 minit. Biar luarannya garing sedikit, baru la ade krupkrapkrup!

0 Response to "Resepi Roti Lasagna Gardenia"

Post a Comment