Resepi Kuih Tepung pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita Asli 
Gambar sebagai hiasa 

Lapisan Hijau :

1. Setengah cawan tepung beras
2. Secubit kapur makan
3. Tiga cawan air daun pandan

Cara cara :

1. Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. 
2. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. 
3. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih.
4. Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. 
5. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh.
6. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya.


Lapisan Santan :

1.Setengah cawan tepung beras
2. Dua setengah cawan santan
3. Secubit garam

Cara cara :

1. Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. 
2. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit.

Nota;
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

kredit resepi : Azie Kitchen Blog

0 Response to "Resepi Kuih Tepung pelita"

Post a Comment