Resepi lontong yang lazat

Bahan-bahan:

1. Nasi impit segera
*** dicuci dulu kemudian rebus bersama sedikit garam dan daun pandan sehingga masak lalu toskan tunggu sejuk baru potong-potong***

KUAH LODEH

1. Bahan-bahan rencah (banyak mana ikut suka)
2. Carrot – dipotong kecik-kecik ala anak mancis
3. Sengkuang – sama gak dipotong kecik panjang-panjang
4. Kobis – dihiris kecik
5. Soon – tak payah rendam, cuci pastu gunting pendek
6. Kacang panjang / kacang boncis – hiris serong
7. Tauhu – potong empat segi
8. Tempe – dipotong kiub
9. Tauhu kering/pucuk – diremdam dulu lalu dipotong kecik
10. Santan pek besar – bergantung pada kuantiti kuah. Nina beli ready made jer.
11. 2 batang serai – dititik
12. 1/2 inch lengkuas – ketuk jer
13. Serbuk kunyit – agak-agak (3/4 sudu makan)
14. Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar atau tumbuk pun boleh

1. Segenggam Udang Kering – cuci dulu pastu rendam dan toskan
2. 1 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih

Bahan sampingan:

1. Telur Rebus
2. Sambal ikan bilis
3. Serunding (kalau rajin)
4. Begedil (kalau terlebih rajin)
5. Kuah Kacang 

Cara -cara:

1. Masukkan sedikit air dalam periuk bersama kisar serai, lengkuas. Masak sehingga wangi. Kalau pakai santan perah, air ni digantikan dengan santan cair.
2. Apabila dah mendidih, masukkan sengkuang dan carrot seketika. Kemudian masukkan tempe, tauhu kering. Masak sehingga empuk. Lalu masukkan kacang boncis, tauhu, kobis. Biarkan mendidih.
3. Masukkan Santan (pati santan) kacau selalu sampai mendidih. Pastu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah mendidih, perlahankan api baru masukkan soon biar sehingga soon lembut. Tutup api.
4. Hidangkan Kuah Lodeh bersama nasi impit dan bahan sampingan. Wallaaa~

Selamat mencuba!

0 Response to "Resepi lontong yang lazat"

Post a Comment