Resepi mudah Nasi Ayam madu & lazat


Arini kami ingin kongsi cara untuk buat nasi ayam yang sedap viral

Bahan-bahan untuk rebusan ayam:

1. 1 inci halia
2. 1 bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 kiub ayam (ape2 brand pon)
5. Garam sikit

Cara-cara Rebus AYAM :

1. Letak air. Masuk bahan-bahan untuk rebusan ayam tadi. 
2. Rebus ayam dengan 1 kiub ayam sampai empuk.
3. Air rebusan ayam ni lah nak guna untuk banyak benda nanti. So air lebih pon takpe.
4. Bila ayam dah empuk,keluarkan ayam. Sup rebusan ayam ni berguna untuk semua benda pasni.

Ayam jangan rebus lama nau. Sebab kalau rebus lama sangat nanti isi ayam senang nak hancur bila goreng. Rebus sampai empuk saja.

 Bahan-bahan untuk NASI AYAM:

1. 2 cawan beras (Untuk 2 orang makan)
2. 2 ulas bawang merah(bahan tumbuk)
3. 2 ulas bawang putih(bahan tumbuk)
4. 1 inci halia(bahan tumbuk)
5. lemak & kulit ayam yang dibasuh bersih

Cara-cara buat nasi ayam :

1. Panaskan kuali. Letak 2 sudu besar majerin.
2. Letak bahan tumbuk tadi.
3. Tumis bahan tumbuk sampai keperangan. 
4. Masuk kan lemak dan kulit ayam tadi. Tumis sekali sampai lah lemak-lemak tu semua cair.
5. Masuk kan beras yang kita basuh tadi. Kacau rata. Wangi bau time ni.
6. Keluar kan kulit ayam dalam campuran beras tadi, kemudian masukkan beras kedalam rice cooker.
7. Tambah kiub ayam dan air rebusan ayam tadi. sukatan air macam kita nak masak nasi biasa sahaja.

Bahan-bahan untuk sos nasi ayam :

1. 6 biji lada merah di blend kan
2. 2 ulas bawang putih di blend kan
3. 3/4 cawan air rebusan ayam (200 ml) di blend kan
4. 1 sudu besar jus limau nipis
5. 2 sudu besar cili sos
6. 2 sudu gula
7. 1 kecil garam

Cara-cara menyediakan sos :

1. Masak kan bahan yang diblend dalam kuali
2. Campurkan sedikit air rebusan ayam tadi
3. Tambah limau nipis, gula, sos cili dan garam secukup rasa 

Bahan-bahan perapan ayam :

1. 3 sudu besar madu
2. 2 sudu besar sos tiram
3. 2 sudu besar kicap manis (aku guna kicap ABC)
4. 1 sudu kecil minyak bijan/4 titik minyak bijan

Cara-cara menyediakan Ayam :

1. Perap kan ayam yang direbus tadi dengan bahan-bahan perapan secara rata
2. Tambah garam kalau mahu
3. Goreng kan diatas kuali

Selamat Mencuba :)

0 Response to "Resepi mudah Nasi Ayam madu & lazat"

Post a Comment