Resepi Roti Canai lembut

Ramai yang dah tanya admin, ade tak cara nk buat roti canai. Sebab asyik makan kedai je kan. So, kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk menyediakan roti canai dengan kuah dal nya sekali. Mari la cuba. Kalau jadi, boleh la share yer.

Bahan-bahan :
1. 1 kilo tepung gandum (ayak dulu kalau rajin)
2. 4 sudu besar majerin planta( cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
3. 480ml air ( anggaran- tuang sikit2)
4. 3 sudu besar susu pekat manis
5. 1 sudu kecil garam
6. 1 sudu besar gula
7. 1 biji telur

Cara-cara :
1. Taburkan tepung di atas meja atau dulang dan buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
2. Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
3. Gaul kesemuanya hingga sebati... Kemudian gaul dengan tepung.
4. Tuang air sedikit demi sedikit.
5. Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut ( lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik)
6. Tapi kalau ada mixer( mesin penguli roti) atau breadmaker, boleh la guna.. Tak payah laa habis tenaga nak uli kan..
7. Biarkan doh tadi selama 2 jam...
Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin atau boleh juga guna minyak masak dan buat bulat kecil kecil...Pastikan rata dengan majerin @ minyak...
8. Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam. Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing2.

****1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 15 keping roti canai..bergantung pada size yg anda inginkan sendiri

Bawah ini pula adalah cara untuk memasak dan menyediakan kuah dal nya pula. Kalau makan roti canai takda kuah tak jadi jugak kan. So, jom kita follow.

Bahan A:
1. 200gm kacang dhal rendam semalaman agar cepat empuk.
2. 1 biji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu
3. 1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4. 1 biji kentang di dadu sederhana
5. 1 sudu besar rempah kari
6. 1 buku pati ayam
7. Garam secukup rasa

Bahan B:
1. sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2. 1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3. Setangkai daun kari
4. 1 cm halia-dimayang
5. 3 tangkai cili kering di kerat kasar2

***Bahan B ni ditumis sehingga naik bau dan layu dalam kuali berasingan

Cara-cara :
1. Rebus kacang dhal sampai empuk
2. Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan kentang, terung dadu dan carrot dadu..
4. Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)..
5. Dalam kuali , (tumis bahan 😎 sehingga naik bau...Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .kacau seketika.Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

0 Response to "Resepi Roti Canai lembut"

Post a Comment