Resepi Ayam Masak Kerisik

Rasa nya yang sedap penuh dengan rasa-rasa rempah. Kalau tak percaya cuba la, resepi masak ayam kerisik ni.

Bahan-bahan nya :
  1. 1 ekor ayam  
  2. 3 batang serai - ketuk
  3. 3 keping asam gelugor
  4. 3 helai daun salam @ 3 helai daun bay kering
  5. 2 sudu besar gula merah
  6. 2 sudu besar gula putih
  7. kerisik 3/4 cawan
  8. Santan 2 kotak
  9. Garam 
  10. 1 kiub ayam 
  11. Bahan kisaran
    1. 8 biji bawang merah
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
    4. 1 inci lengkuas
    5. 3 biji buah keras
    6. 3 biji cili merah@besar
    7. 10 biji cili padi merah
    8. 5 biji cili kering
    9. 1 sudu besar serbuk ketumbar
    10. 1 sudu kecil serbuk jintan manis
    11. setengah sudu kecil serbuk jintan putih
    12. setengah sudu serbuk lada putih
    13. 2 inci kunyit hidup @ 1 sudu serbuk kunyit
    14. Air untuk memudahkan proses kisaran

Cara-cara membuatnya : 
  1. Ayam cuci bersih dan toskan
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam
  3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit
  4. Biar mendidih
  5. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah , gula putih serta garam
  6. Masak dengan api sederhana. biar mendidih. masukkan santan.
  7. Bila ayam dah nampak masak cantik dan sedikit pecah pecah, masukkan kerisik 
  8. Gaul sebati dan kacau hingga kering - kena selalu kacau sebab mudah hangus
  9. Rasa dan jika perlu tambah apa yg kurang 
  10. Masak lg seketika
  11. Sekiranya sudah ok, boleh la mati kan api
  12. Hidangkan

Cuba la. Ramai dah cuba dan memberi feedback yang resepi ni sedap.

0 Response to "Resepi Ayam Masak Kerisik"

Post a Comment