Resepi Sambal Hitam Pahang

Sambal ini sangat popular di kalangan penduduk Pahang dan original nya ia daripada Negeri Pahang. Nama resepi ini ialah sambal hitam belimbing buluh @ nama singkat nya sambal hitam pahang.


Bahan-Bahan nya :
  1. Setengah kg cawan belimbing buluh segar
  2. Setengah kg cawan cili padi 
  3. 2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
  4. Garam & gula secukup rasa
  5. 1 cawan minyak masak
  6. Kicap manis secukup rasa
  7. 6 ulas bawang merah - 3 Ulas Ditumbuk, 3 Ulas Dihiris Nipis
  8. 3 ulas bawang putih - ditumbuk

Cara Membuat nya :
  1. Basuh bersih dan rebuskan belimbing buluh dalam periuk tanpa air dan renehkan dengan api yang kecil sehingga belimbing buluh mengeluarkan airnya sendiri dan mengecut - mengambil masa dalam lebih kurang 3 jam
  2. Pastikan anda teruskan mengacau setiap 2 minit sehingga air belimbing kering dan belimbing bertukar menjadi warna gelap
  3. Kemudian, tumbukkan cili padi, 3 ulas bawang merah, ikan bilis, belimbing buluh sehingga separa lumat
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan hirisan bawang merah sehingga berbau wangi
  5. Masukkan satu persatu bahan yang telah dikisar atau ditumbuk dan gaul rata Kacau perlahan-lahan dari semasa ke semasa 
  6. Setelah separuh garing, tambahkan garam, gula dan kicap secukup rasa
  7. Teruskan proses kacau mengacau tanpa henti supaya tidak hangus 
  8. Bila dah garing tutupkan api dan sejatkan dengan menggunakan penapis santan untuk toskan minyak. Hidangkan atau boleh disimpan dalam bekas yang sesuai 
Sedikit tips :- Sambal ni anda boleh simpan lama, jangan risau

0 Response to "Resepi Sambal Hitam Pahang"

Post a Comment