Resepi Chicken Cheezy Ball

Resepi bebola ayam cheese. Sedap dan mudah je resepi ni. Semua peringkat umur dan skill level boleh buat punya. Jom kita cuba

Bahan-bahan nya adalah :
  1. 500 gram Ayam kisar - boleh je pakai daging lembu kalau tak minat ayam
  2. 200 gram Cheese - Mozzarella, Cheddar, Parmesan
  3. 300 gram Breadscrumb 
  4. 400 gram Tepung Ubi
  5. 3 Biji Kentang
  6. 1 Biji Telur - putih telur sahaja 
  7. Garam
  8. Serbuk lada hitam

Cara-cara menyediakan :
  1. Kupas kentang dan rebuskan kentang dengan sedikit garam sehingga empuk
  2. Toskan dan lenyek sehingga hancur
  3. Campur kentang lenyek tersebut bersama-sama ayam kisar
  4. Campurkan tepung ubi secukupnya dengan garam dan serbuk lada hitam 
  5. Masukkan tepung sikit-sikit sehinggalah adunan boleh dibentuk
  6. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola doh sebesar bola ping pong
  7. Leperkan bebola untuk disumbatkan cheese - Lagi banyak cheese lg cheezy
  8. Tutup dan bentukkan kembali kepada bulat @ bebola
  9. Pukul putih telur sehingga kembang
  10. Sediakan sepinggan breadscrumb
  11. Celup bebola tadi di dalam telur
  12. Golek-golekkan bebola atas breadscrumb pula
  13. Golek sehingga serbuk roti kena pada semua tempat
  14. Goreng Chicken Cheezy Balls anda dengan suhu api dapur yang sederhana 
  15. Bila dah nampak kekuning-kuningan boleh la tos bebola dalam kuali untuk dihidang 
  16. Dah boleh makan la.
Senang je kan. 

0 Response to "Resepi Chicken Cheezy Ball"

Post a Comment